Monday, April 4, 2011

Pengemaskinian Data SPPICTS 2011


Salam 1 Malaysia
Untuk perhatian Sekolah Ahli PKG Nilai,
PKG diberi tanggungjawab untuk memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran serta pengurusan sekolah. Lapan medan inisiatif ICT yang dikenal pasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini iaitu :-
      • Capaian Internet
      • Pusat Akses Sekolah
      • Makmal Komputer
      • EduWebTV
      • Peralatan PPSMI
      • Perisian Kursus Pendidikan
      • ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
      • Perkongsian Pintar
Sehubungan itu, kutipan data secara online dengan menggunakan SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT (SPPICTS) bagi tahun ini akan dilaksanakan sebanyak DUA (2) kali iaitu :-
      • 27 MAC HINGGA 16 APRIL 2011
      • 11 SEPTEMBER HINGGA 1 OKTOBER 2011

Tuan/Puan, mohon semua Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer mengambil tindakan segera untuk mengisikan data sppicts sekolah tuan-tuan. Kepada Guru Penyelaras Bestari danJuruteknik Sekolah yang  mengambil tindakan pro-aktif, saya bagi pihak PKG Nilai mengucapkan ribuan terima kasih.


Yang menjalankan tugas,



Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

No comments:

Post a Comment