Wednesday, April 6, 2011

Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang memenuhi syarat-syarat pencalonan untuk memohon bagi diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5 dan panduan mengisi borang pencalonan boleh diakses melalui laman web KPM mulai 7 April 2011.

Semua sekolah dipelawa mengisi Borang Pencalonan tersebut  yang boleh dimuat turun menerusi laman web KPM. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan SEMUA DOKUMEN berkaitan dengan MAKLUMAT yang diberi dalam Borang Pencalonan SKK Fasa 5 dan Profil Sekolah untuk memudahkan urusan pemantauan dan penilaian. Dokumentasi yang TIDAK LENGKAP akan menjejaskan proses penilaian.   

Borang Pencalonan SKK Fasa 5 yang lengkap dan satu (1) salinan Profil Sekolah perlu dihantar ke JEMAAH NAZIR & JAMINAN KUALITI, JABATAN PELAJARAN NEGERI
pada atau sebelum  30 APRIL 2011.

Untuk keterangan lanjut, Sila muat turun Bahan Permohonan di Kiosk PKG di Folder Pencalonan Sekolah Kluster

Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
Pusat Kegiatan Guru Nilai

No comments:

Post a Comment