Wednesday, April 18, 2012

Project-Based Learning (PBL) Peringkat Sekolah SJK(T) Ladang Kirby

Pembelajaran berasaskan projek atau lebih dikenali dengan nama Project-Based Learning (PBL) merupakan suatu konsep pembelajaran yang berfokuskan kepada kaedah pemusatan pelajar secara total menerusi tugasan amali secara bersistematik dan terancang dalam jangka waktu yang tertentu dengan merentasi kurikulum dan juga pelbagai kemahiran. Ia melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan sesuatu laporan yang sahih dan betul. Teknik pembelajaran PBL yang lebih bertumpu kepada pelajar (student-centric) merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berlainan dari teknik pengajaran yang diamalkan sekarang ini. Antara ciri-ciri teknik PBL yang menarik ialah para pelajar perlu berinteraksi dengan amalan dunia sebenar. Mereka diberi peluang untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam melalui pelbagai proses pencarian, penjelajahan, pemprosesan maklumat dan data melalui pertimbangan, interpretasi dan juga sintesis, menyediakan pelaporan hasil serta membuat refleksi kendiri. Ini adalah merupakan ilmu pengetahuan sebenar yang telah dipelajari oleh mereka. Pendekatan PBL dilaksanakan menerusi 6 langkah utama yang perlu dilalui oleh guru dan para pelajar bagi memastikan ia dibuat dengan lengkap dan mengikut konsep yang sebenar. Langkah-langkah tersebut dimulai dengan mendapatkan topik penyiasatan, membuat perancangan aktiviti, membuat penjadualan, pemerhatian serta pemantauan dan seterusnya membuat penilaian keseluruhan.Project-Based Learning… “Satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri yang kompleks bagi menyelesaikan persoalan dunia sebenar yang akhirnya akan menghasilkan suatu output pembelajaran “.

Tahniah diucapkakan kepada pihak Sekolah SJK(T) Ladang Kirby yang berjaya melaksanakan Project-Based Learning (PBL) peringkat sekolah pada 18 April 2012 (Rabu) dengan berjaya.

Juara Project Based Learning Peringkat Sekolah SJK(T) Ladang Kirby

Pengerusi PIBG SJK (T) Ladang Kirby menyampaikan hadiah kepada Guru Pembimbing.

Pengerusi PIBG SJK (T) Ladang Kirby menyampaikan hadiah kepada  Juara PBL.

Sesi bergambar dengan pemenang-pemenang  PBL Peringkat Sekolah.

En. Thanesh Balakrishnan menerangkan Konsep PBL kepada para Guru SJK(T) Ladang Kirby.

Guru-guru SJK(T) Ladang Kirby menghadiri Taklimat PBL.

En. Thanesh Balakrishnan merasmikan Upacara Penutupan PBL Peringkat Sekolah  SJK(T) Ladang Kirby.

Murid Tahun 1 membentangkan penyelidikan terhadap belon mengembang.

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai En.Thanesh menyoal murid tentang penyelidikan.

Murid memberi penerangan cara-cara Eksperimen dijalankan oleh mereka.

Saintis Muda Tahun 1 amat gembira dengan dapatan mereka  dapat membuktikan teori mereka.


No comments:

Post a Comment