Sunday, February 6, 2011

Majlis Pertaulihan Watikah Perlantikan Pengawas PSS SMK Desa Cempaka

Program ini dirasmikan oleh Encik Thanesh Balakrishnan, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis Pertaulihan Watikah Perlantikan Pengawas PSS SMK Desa Cempaka Tahun 2011yang julung kalinya diadakan di SMK Desa Cempaka telah diadakan pada 07 Februari 2011. Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Desa Cempaka berhasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan Pusat Sumber Sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, bagi mencapai hasrat murni ini, Jawatan Kuasa Kerja PSS telah melantik pengawas PSS bagi tahun 2011 dan telah menyerahkan tanggungjawab ini dalam Majlis yang meiah ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Warga sekolah yang berjaya melaksanakan program ini. 

No comments:

Post a Comment