Tuesday, February 8, 2011

KEMASKINI REKOD BACAAN MURID

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iNILAM 2011 sebelum 28/01/2011 masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. 

Rekod Bacaan Murid 2010 dan 2011 telah diaktifkan. Kini anda boleh mengemaskini data bacaan bulanan murid berdasarkan kelas Worksheet. Guru NILAM, Guru Penyelaras NILAM dan GPM sila ambil tindakan. Patuhi arahan yang dipaparkan di skrin Rekod Bacaan Murid. 


Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

No comments:

Post a Comment