Thursday, March 31, 2011

Lawatan Bimbingan PKG

Salam 1 Malaysia,


Diharap semua GPM dan GPB sekolah ahli PKG Nilai bersiap sedia dengan pertanyaan-pertanyaan segala kemusykilan berkaitan dengan PSS dan Pengurusan Pendidikan Bestari. Khidmat bantu PSS dan Bimbingan Pendidikan Bestari akan bermula mulai 4 April 2011 hingga 30 April 2011. Harap maklum. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

Wednesday, March 30, 2011

Kursus Integrasi ICT Dalam P& P Secara Dalam Talian

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara dalam talian. Kursus ini boleh disertai oleh semua guru dan akan dikira 3 hari berkursus jika peserta menamatkan kursus dan menghantar pelan pengajaran.



Sila layari laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru untuk keterangan lanjut.


Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

Pengemaskinian Data Email

Salam 1 Malaysia,
Sila semak email seperti dibawah dan kemaskinikan di PKG Nilai.


1 SMK. Dato' Shahardin : nea4098@ppdseremban.net 
2 SMK. KOMPLEKS KLIA :    nea4103@ppdseremban.net 
3 SMK. DATO' MOHD SAID :    nee4100@ppdseremban.net 
4 SMK. SERI SENDAYAN : nee4102@ppdseremban.net 
5 SMA. PERSEKUTUAN LABU : nra4002@ppdseremban.net 
6 SMK. DESA CEMPAKA : nea4104@ppdseremban.net 
7 SMK. TAMAN SEMARAK : nea4105@ppdseremban.net 
8 SK. DATO' AHMAD MANAF : nba4010@ppdseremban.net 
9 SK. JIJAN 019-3324230 nba4011@ppdseremban.net 
10 SK. LABU ULU (BATU 8) : nba4013@ppdseremban.net 
11 SK. LABU  (BATU 10) : nba4014@ppdseremban.net 
12 SK. TEKIR :   nba4015@ppdseremban.net 
13 SK. GADONG JAYA :  nba4016@ppdseremban.net 
14 SK. L.B. JOHNSON :  nba4017@ppdseremban.net 
15 SK. SENDAYAN : nba4030@ppdseremban.net 
16 SK. KOMPLEKS KLIA :  nba4038@ppdseremban.net 
17 SK. DESA CEMPAKA : nba4040@ppdseremban.net 
18 SK. TAMAN SEMARAK : nba4041@ppdseremban.net 
19 SK. DESA JASMIN : nba4042@ppdseremban.net 
20 SK. DATO' SHAH BANDAR ABU BAKAR : nbe4143@ppdseremban.net 
21 SJKC. LADANG HILLSIDE : nbc4055@ppdseremban.net 
22 SJKC. KAMPUNG BARU BATU 8 :    nbc4056@ppdseremban.net 
23 SJKC. MIN SHING :    nbc4057@ppdseremban.net 
24 SJKC. KUO MIN : nbc4058@ppdseremban.net 
25 SJKT. NILAI :  nbd4072@ppdseremban.net 
26 SJKT. LADANG KIRBY : nbd4074@ppdseremban.net 
27 SJKT. LADANG KUBANG :  nbd4075@ppdseremban.net 
28 SJKT. DESA CEMPAKA : nbd4076@ppdseremban.net 
29 SJKT. LADANG LABU 1 : nbd4078@ppdseremban.net 
30 SJKT. LADANG LABU 4 : nbd4079@ppdseremban.net 
31 SMRA NILAI 016-3530863 nft4002@ppdseremban.net 
 32 SJKC LADANG BUKIT KLEDEK 0: nbc5028@ppdseremban.net  



Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

Permohonan Khidmat Bantu dan Bimbingan

Salam 1 Malaysia,


Sukacitanya kami memohon jasa baik tuan/puan menghantar satu surat permohonan ke BTPN NS atas nama Tuan Ketua Penolong Pengarah bagi mendapatkan Khidmat Bantu dan Bimbingan dibantui oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG. Harap maklum. Terima kasih.



Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
Pusat Kegiatan Guru Kawasan Nilai.

INSTRUMEN STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) SECARA ONLINE

Para guru sekalian, silalah lawat laman web di bawah ini untuk mengisi instrumen soal selidik SGM secara online.
  

http://www.moe.gov.my/sgm/

Sekiranya perkhidmatan online tersebut tidak dapat diakses, anda boleh "download" versi "offline"nya (format Excel yang telah saya "zip") di ruangan "Fail PilihanKu" > folder "AM" di sebelah kanan ruangan ini.


Failnya agak besar walaupun setelah di"zip"kan (2.8mb). Harap dapat bersabar semasa muatturun... 



Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

Borang Pemantauan MBMMBI


Peringatan Kedua:
 
Satu kajian dijalankan bagi melihat keberkesanan dan keperluan bahan MBMMBI yang telah diedarkan kepada semua sekolah rendah  pada tahun 2010 dan disusuli dengan satu taklimat penggunaanya di PKG Nilai (Guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Tahun 1). Diharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama untuk mengisi borang tersebut dan kembalikan kepada PKG Nilai pada atau sebelum 4 April 2011. 

Klik di sini untuk muat turun borang> Surat makluman .

Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

Penangguhan Pemantauan dan Khidmat Bantu PSS

Salam 1 Malaysia,


Dengan sukacitanya dimaklumkan kepada semua sekolah ahli PKG Nilai pemantauan PKG ke Sekolah ditangguhkan sementara waktu. Manakala Khidmat bantu PSS akan diteruskan seperti biasa sepanjang tahun. Guru-guru GPM dan GPB teruskan usaha anda dalam melaksanakan Sasaran Kerja Tahunan tuan/puan seperti dirancangkam. Sekian terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
Pusat Kegiatan Guru Nilai

Sunday, March 27, 2011

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

KEPADA GURU GPB SEKOLAH AHLI PKG NILAI

Kutipan data berlangsung dari 27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011. Mohon kerjasama semua pihak untuk menjayakan kutipan data kali ini.Sila layari laman web ssqs.moe.edu.my atau pon taip link portal ict di carian google.

Sekian, terima kasih.

Friday, March 25, 2011

Kajian Keberkesanan MBMMBI 2011

Satu kajian dijalankan bagi melihat keberkesanan dan keperluan bahan MBMMBI yang telah diedarkan kepada semua sekolah rendah  pada tahun 2010 dan disusuli dengan satu taklimat penggunaanya di PKG Nilai (Guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Tahun 1). Diharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama untuk mengisi borang tersebut dan kembalikan kepada PKG Nilai pada atau sebelum 31 Mac 2011. 


Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
Pusat Kegiatan Guru Nilai

Thursday, March 10, 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM

Merujuk kepada perkara di atas.
  
Seperti yang  tuan / puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program galakan membaca di sekolah melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) mulai tahun 1999.
3.   Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada tahun 2010.
 
4.   Kerjasama Guru Perpustakaan dan Media untuk melengkapkan Soal Selidik 2 melalui link berikut:
   Sekolah (Sila klik di sini)
5.   Maklum balas daripada tuan / puan amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini. Tarikh akhir bagi melengkapkan Soal Selidik tersebut adalah pada 18 Mac 2011 (Jumaat).

6.   Kerjasama dan sokongan  tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 


PKG NILAI

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM |-NILAM

Salam 1 Malaysia

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada tahun 2010.

3. Sehubungan itu adalah dipohon kerjasama Guru Perpustakaan dan Media untuk melengkapkan *Soal Selidik 2*melalui link berikut:

Sekolah: 
http:/lwww.eSurveysPro.comlSurvev.aspx?id=f3213ae7-8437-42f8:a08ba7c713a33d75   


4. Maklum balas daripada tuan / puan amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini. Tarikh akhir bagi melengkapkan Soal Selidik tersebut adalah pada 18 Mac 2011(Jumaat).

Yang menjalankan tugas,

THANESH BALAKRISHNAN
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29
PUSAT KEGIATAN GURU NILAI.

Tuesday, March 8, 2011

Kenali Saluran Kampus Astro


Sasaran Umur - 7 hingga 12 tahun
Saluran 552
Saluran utama komuniti guru
Memfokuskan rancangan pendidikan yang berbentuk akademik. Tumpuan utama ialah Subjek Akademik, Kreativiti, dan Kemahiran Hidup.

Saluran 611
Aktifkan dunia penuh imaginasi
Saluran kanak-kanak nombor 1. Menyediakan rancangan berbentuk animasi, komedi, 'game show', serta siaran langsung dalam Bahasa Melayu.

Saluran 615
Alam khayalan penuh hiburan
Siaran bermutu tinggi, termasuk filem Disney yang terkenal, rancangan istimewa, komedi, drama keluarga dan rancangan aksi serta pengembaraan.

Saluran 325

Inspirasi masa depan
Saluran Bahasa Cina terbitan tempatan yang menfokuskan pembelajaran dan juga memaparkan adat masyarakat Cina tempatan.


Sasaran Umur - 13 tahun ke atas
Saluran 556
Jelajahi dunia haiwan
Saluran terunggul mengenai haiwan liar dan binatang peliharaan. Paparan habitat alam semula jadi yang sentiasa menghiburkan dan penuh aksi.

Saluran 555
Hidupkan sejarah
Pilihan utama untuk rancangan-rancangan yang berbentuk sejarah. Merangkumi topik seperti Sejarah Purba, Sejarah Kontemporari, Ketenteraan dan Teknologi.

Saluran 553
Perspektif di sebalik bingaki kuning
Rancangan dokumentari dan bukan fiksyen yang mendalam dan berlainan. Menumpukan kepada bidang Sains dan Teknologi, Alam Semula Jadi, Sejarah Purba dan Misteri Alam.

Saluran 551
Mari terokai misteri dunia
Dokumentari bertaraf tinggi yang menerokai misteri dunia kita yang tersembunyi. Merangkumi bidang Sains dan Teknologi, Kejuruteraan, Sejarah Purba, Sejarah Kontemporari, Alam Sekitar dan Kebudayaan.

Saluran 554
Terokai persoalan sains
Rancangan bercorak sains dan eksplorasi yang menyeronokkan, releven dan mudah difahami. Merangkumi penemuan sains yang terkini.


Berita dan Informasi

Sasaran umur - 13tahun ke atas

Saluran 501
Dapatkan informasi terkini
Memaparkan berita global dengan perspektif tempatan.

Saluran 502

Informasi cepat dan tepat


Menawarkan kandungan berita dalam pelbagai bahasa, meliputi berita terkini bisnes, gaya hidup dan sukan

Sunday, March 6, 2011

BACA & DOWNLOAD E-BOOK ILMIAH SECARA PERCUMA


Laman Web NetLibrary di http://www.netlibrary.com/ menyediakan ribuan Buku Elektronik (E-Books) termasuk Ensiklopedia Islam yang boleh dibaca, dimuatturun & dicetak secara percuma.

Gunakan mana-mana Username & Password sepertimana yang dirajahkan di dalam halaman PAUTAN ini untuk mengaksesnya.

SELAMAT MEMBACA & MENAMBAH ILMU!

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN (014-3279982)
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Thursday, March 3, 2011

Perubahan Penggunaan Borang PJJ A dan PJJ B Terkini- Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Perubahan Penggunaan Borang PJJ A dan PJJ B Terkini

- Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)


Makluman semua Guru / Staf Kakitangan yang mengikuti pengajian jarak jauh.

Bahagian Pendidikan Guru dan KPM meminta guru-guru mahupun staf sokongan yang ingin membuat permohonan kebenaran belajar agar menggunakan borang PJJ A dan PJJ B yang telah dikemaskinikan.



Borang PJJ A hendaklah dicetak di atas kertas warna Putih sebanyak 3 salinan

Borang PJJ B hendaklah dicetak di atas kertas warna Biru sebanyak 3 salinan


Segala permohonan belajar yang dihantar mulai Sept 2009 perlu menggunakan borang tersebut sebanyak 3 set salinan dan dihantar ke Unit Latihan dan Kemajuan Staf. Permohonan yang tidak mengikut syarat akan dianggap sebagai permohonan yang tidak lengkap.

Harap maklum.

Borang PJJ  boleh dimuat turun di Kiosk PKG>Dokumen Khas

Tuesday, March 1, 2011

PEMBERITAHUAN PENTING

Assalamualaikum wbrth dan Salam 1Malaysia,

Oleh kerana penggunaan trafik terlalu tinggi maka akaun dropbox telah dibekukan. Cara alternatif tuan/puan boleh muat turun melalui mediafire di URL berikut http://www.mediafire.com/?1736t8rlo5zt902

Segala kesulitan amat kami kesali
 Sekian terima kasih
Jtk komputer PKG Nilai
Muhammad Firdaus Helmi Bin karim