Monday, January 31, 2011

Majlis Penyampaian Sijil SSQS 2010 & Pelancaran Pembestarian Pendidikan Sekolah-sekolah NS 2011

Program ini dirasmikan oleh Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS).
Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2010 Dan Pelancaran Pembestarian Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2011.yang julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan telah diadakan di Sekolah Sains Seremban (SASER) pada 25 Januari 2011 lalu. Program ini adalah hasil kerjasama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan juga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Negeri Sembilan. Program ini dirasmikan oleh Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS). Beliau juga turut menyampaikan Sijil Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) kepada 35 buah sekolah yang mendapat 5 bintang di peringkat Negeri Sembilan. 


Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tuan Abdullah Bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS.

Untuk melihat album Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2010 Dan Pelancaran Pembestarian Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2011. Klik disini

PKG Nilai kini di Facebook

Pusat Kegiatan Guru Nilai mengorak langkah ke alam siber dengan menubuhkan laman web sosialnya di Facebook. Laman web PKG Nilai boleh dicapai dengan menaip "Pusat Kegiatan Guru Nilai" pada butang carian di Facebook dan jangan lupa untuk menambah PKG Nilai sebagai kenalan untuk mendapatkan info-info terkini daripada kami.


Friday, January 28, 2011

Pengemaskinian Data iNILAM 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iNILAM 2011 sebelum 28/01/2011 masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. 


Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Surat Pematuhan Pekeliling KP(BTP-PSP)8810/11/1jld 2(38) bertarikh 29 Disember 2009. GPB & GPM.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,





Buat semua rakan-rakan Guru Perpustakaan dan Media, syukurlah Ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa atas surat pematuhan pekeliling Bil.3/2006 yang berkaitan dengan penyelarasan waktu mengajar Guru Penyelaras Bestari dan Guru Perpustakaan dan Media ( Penyelaras Pusat Sumber) .

Surat ini diberikan kepada setiap sekolah di Malaysia dengan tujuan supaya pihak pengurusan sekolah mematuhi perkeliling tersebut. Sering kali dalam pertemuan antara Guru Perpustakaan dan Media diungkitkan masalah bilangan waktu mengajar yang melebihi dari 8 waktu . Malah saya pasti ramai di antara kita tidak pernah melihat dan diberikan surat pekeliling ini  KP(BTP-PSP)8810/11/1jld 2(38) bertarikh 29 Disember 2009.

Melalui surat ini juga dengan jelas dinyatakan kita perlu melaksanakan tugas-tugas hakiki mengurus Pusat Sumber Sekolah  perincianya adalah seperti berikut:

  1.Organisasi Bahan   -10 waktu seminggu
  2.Pengurusan Pusat Sumber -6 waktu  semingu
  3.Galakan membaca dan literasi maklumat 4 waktu seminggu  

Mudah-mudahan dengan adanya surat tersebut akan membantu tuan/puan mempunyai fokus terhadap mengurus pusat sumber masing-masing.

Surat makluman Pematuhan boleh dimuat turun di Kiosk PKG>Surat Pekeliling PSS.




Yang menjalankan tugas,

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Nilai

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kami warga PKG Nilai tidak terlambat mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada Guru Besar Pengetua Guru Perpustakaan dan Media Guru Penyelaras Bestari dan warga Penddik sekolah ahli PKG Nilai. Semoga kehadiran Tanu Baru Cina 2011 memberi iltizam yang tinggi bagi menjayakan aspirasi pendidikan. 

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iQ-PSS 2010 sebelum 31/01/2011 masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. Manakala iQ-PSS 2011 boleh diambil tindakan MULAI 01/02/2011. Kami memohon jasa baik tuan/puan meluangkan masa untuk mengemaskini blog tersebut.

Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Perancangan Aktiviti PSS Tahun 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Kami PKG Nilai memohon semua sekolah ahli PKG Nilai menghantar salinan dokumen tersebut ke PKG Nilai sebelum 11 Februari 2011.

  1. Laporan Pusat Sumber Sekolah 2010
  2. Analisis Peminjaman dan Pemulangan Bahan Buku Bagi Setiap Bulan (Januari - Oktober)
  3. Perancangan Aktiviti / Program Tahunan 2011
Surat makluman boleh dimuat turun di Kiosk PKG>Surat Makluman PKG Nilai


Yang menjalankan tugas,

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan

Pusat Kegiatan Guru Nilai

Thursday, January 13, 2011

Senarai Tugas Guru Perpustakaan (GP)


GURU PERPUSTAKAAN
  1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
  2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
  3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
  4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
  5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
  6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi  aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
  7. Menubuhkan J/Kuasa  Guru Pembantu Perpustakaan  dan pengagihan bidang tugas
  8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
  9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
  10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
  11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
  12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan
  13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
  14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
  15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun

Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)


Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:

2.1       GPM

2.2.1      Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2.2.2      Merancang dan melaksanakan Dasar dan Program Tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid-murid.
2.2.3      Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum Sekolah.
2.2.4      Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang, dan kemaskini.
2.2.5      Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
2.2.6      Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
2.2.7      Merancang, melaksana, menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
2.2.8      Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
2.2.9      Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
2.2.10   Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan Program Pusat Sumber Sekolah.
2.2.11   Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
2.2.12   Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja Pusat Sumber Sekolah
2.2.13   Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah
2.2.14   Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah
2.2.15   Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri
2.2.16   Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
2.2.17   Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
2.2.18   Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan April dan Oktober setiap tahun.

2.2       BIDANG UMUM

2.2.1      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

Wednesday, January 12, 2011

Kemaskini Blog PSS

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kami warga PKG Nilai tidak terlambat mengucapkan selamat Tahun Baru 2011 kepada Guru Besar Pengetua Guru Perpustakaan dan Media Guru Penyelaras Bestari dan warga Penddik sekolah ahli PKG Nilai. Semoga kehadiran 2011 memberi iltizam yang tinggi bagi menjayakan aspirasi pendidikan. 

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini blog PSS masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011.Didapati blog PSS sekolah tuan/puan sudah lama tidak dikemaskini. Kami memohon jasa baik tuan/puan meluangkan masa untuk mengemaskini blog tersebut.

Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

(MUHAMAD RIZAL ARIFFIN)
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Monday, January 3, 2011

Penamatan Kontrak dengan Syarikat Goverment Integrated Telecommunications Network Sdn. Bhd (Talian Schoolnet)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Merujuk kepada surat dari TKSU Pembangunan seperti KP(KSU)001/10 bertarikh 29 Disember 2010 yang ditandatangi oleh TKSU ia adalah untuk makluman tuan/puan.Sebarang perkembangan terbaharu daripada BTP akan dimaklumkan kepada tuan/puan.



Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah.

Mat Azalan bin Budin
Penolong Pengarah Unit ICT
BTPNNS