Wednesday, November 30, 2011

PEMBERITAHUAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN  (PPP)  SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 DARI GRED DGA29 KE GRED DGA32
 DARI GRED DG41 KE GRED DG44
 DARI GRED DG44 KE GRED DG48
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang giat melaksanakan urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat PPP selaras dengan persediaan bagi pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai 01 Januari 2012. 

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk menyemak status  kenaikan pangkat masing-masing melalui Ketua Jabatan. Sekiranya tuan/puan telah memenuhi syarat iaitu:
i. Cukup tempoh perkhidmatan,
ii. Bebas daripada senarai peminjam tegar Institusi Pinjaman Pendidikan, dan
iii. Telah mengisytiharkan harta serta bebas daripada hukuman tatatertib 

tetapi masih belum dinaikkan pangkat, maka tuan/puan boleh terus berurusan dengan Ketua Jabatan masing-masing bagi mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk tindakan BPSM selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Disember 2011. 

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Encik Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Nilai

No comments:

Post a Comment