Wednesday, November 30, 2011

SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

1.    Apakah itu Dasar MBMMBI?

Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

2.    Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.

3.    Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

4.    Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?
Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

5.    Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.

6.    Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?
KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:
·         Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
·         Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris
·         Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT
·         Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5
·         BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:
a.    Latihan untuk bahasa Malaysia:
                                          i.    Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
                                        ii.    KDP 4 Minggu
                                       iii.    Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

a.    Latihan untuk bahasa Inggeris:
                                          i.    Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
                                        ii.    Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
                                       iii.    Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris

7.    Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)
Institut Pendidikan Guru
·         IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
·         “Teacher Study“ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
·         Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
·         Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.
·         Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.
·         Praktikum – 3 kali praktikum :
o   Semester 5 – 4 minggu
o   Semester 6 – 8 minggu
o   Semester 7 – 12 minggu
o   Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan.

Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.

Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.

8.    Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.
BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:
a.    Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun
b.    Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara

9.    Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris?
Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.
Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:
·         IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
·         IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
·         IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu
·         IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan
·         English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur

Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.
Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut:
Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;
·         Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
·         Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
·         Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
·         Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
·         Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
·         Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
·         Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah

10. Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?
English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:
·         Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
·         Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.
·         Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
·         Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.
·         CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
·         OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.
·         Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

11. Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.

12. Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?
Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
·         Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)
·         Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)\
·         Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
·         Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.

13.  Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa?
Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.

14. Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?
Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

PEMBERITAHUAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN  (PPP)  SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 DARI GRED DGA29 KE GRED DGA32
 DARI GRED DG41 KE GRED DG44
 DARI GRED DG44 KE GRED DG48
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang giat melaksanakan urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat PPP selaras dengan persediaan bagi pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai 01 Januari 2012. 

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk menyemak status  kenaikan pangkat masing-masing melalui Ketua Jabatan. Sekiranya tuan/puan telah memenuhi syarat iaitu:
i. Cukup tempoh perkhidmatan,
ii. Bebas daripada senarai peminjam tegar Institusi Pinjaman Pendidikan, dan
iii. Telah mengisytiharkan harta serta bebas daripada hukuman tatatertib 

tetapi masih belum dinaikkan pangkat, maka tuan/puan boleh terus berurusan dengan Ketua Jabatan masing-masing bagi mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk tindakan BPSM selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Disember 2011. 

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Encik Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Nilai

Makluman SBPA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.
Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Encik Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Nilai

Pengemaskinian Profil Sekolah PKG NILAI 2011

Salam 1 Malaysia

Dengan sukacitanya diminta pihak sekolah menjawab soal selidik diatas talian seperti link dibawah:-

Click here to take the survey now. The survey was created with eSurveysPro.com survey software.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Encik Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Nilai

Monday, November 28, 2011

Al-Fatihah

Assalammualaikum w.b.k.t.h

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.



Adalah dimaklumkan bahawa Juruteknik Komputer PKG Nilai (En.Muhammad Firdaus Helmi Bin Karim) telah kembali ke Rahmahtullah setelah 7 hari mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat kemalangan motorsikal pada 19 November 2011 (Sabtu). Menurut pihak hospital, punca kematian beliau adalah kesukaran bernafas akibat pendarahan dalam paru-paru dan mengalami patah tulang belakang dan tulang rusuk. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang pukul 8.50 pagi 26 November 2011 (29 Zulhijjah 1432H). Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zuhur di Kg. Maasop, Senaling, Kuala Pilah.

Saya bagi pihak warga BTPNNS/PKGNS, mohon marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah Firdaus Helmi, mudah-mudah rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dimasukkan kedalam syurga. InsyaAllah... Jika ada salah dan silap arwah semasa hayatnya dapatlah kita sama-sama memaafkannya dunia dan akhirat.Innalillahiwainnailaihirojiun......... Al-Fatihah...




Dengan ikhlas,
Staf PKG Nilai.

Wednesday, November 9, 2011

Penilaian Bengkel Teknik Memproses Bahan Buku dan Bukan Buku

Salam 1 Malaysia

Dengan sukacitanya diminta para peserta Bengkel Teknik Memproses Bahan Buku dan Bukan Buku  menjawab soal selidik diatas talian seperti link dibawah:-

Click here to take the survey now. The survey was created with eSurveysPro.com survey software.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Encik Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi PendidikanPusat Kegiatan Guru Nilai

Borang Penilaian Bengkel Pembangunan Blog PSS

Salam 1 Malaysia

Dengan sukacitanya diminta para peserta Bengkel Pembangunan Blog PSS menjawab soal selidik diatas talian seperti link dibawah:-

Click here to take the survey now. The survey was created with eSurveysPro.com survey software..

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Encik Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Nilai

Sunday, October 16, 2011

Bengkel Kampus astro dan Bengkel EduwebTV

Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan bahawa Satu bengkel Kampus astro dan EduwebTV akan berlangsung  di PKG Nilai seperti ketetapan berikut:-


Kampus ASTROMasa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 18 Oktober 2011
Tempat: MAKMAL KOMPUTER SMK DESA CEMPAKA



EduwebTV
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 20 Oktober 2011
Tempat: MAKMAL KOMPUTER SMK DESA CEMPAKA


Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Surat Panggilan boleh dimuat turun di Kiosk PKG>Surat Makluman> 
Surat Makluman Kampus Astro dan Eduwebtv

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan Tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Nilai,
Negeri Sembilan