Tuesday, May 4, 2010

Maklumat Untuk Guru ICT

Salam 1Malaysia

Tuan/Puan,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online akan dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.2.

2.Sehubungan dengan itu, tuan/puan selaku Guru ICT atau penyelaras Bestari diminta untuk melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses sebagai laporan lengkap. Pengisian data mengikut negeri tidak dilaksanakan pada kali ini kerana aplikasi SPPICTS telah ditambah baik untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku semasa kutipan kali pertama.)

3.Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, pihak tuan/puan boleh menghubungi PKG Nilai di talian 06-7992878 atau e-mel terus kepada pkg_nilai@moe.edu.my.

4. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

(MUHAMAD RIZAL ARIFFIN)
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

No comments:

Post a Comment