Sunday, January 31, 2016

Pada 21 Januari 2016,  Pn Anita binti Mohd Tamin, Pegawai UPSP dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dengan diiringi oleh Pegewai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik PKG Nilai telah melaksanakan Verifikasi IQPSS Pusat Sumber Sekolah di SJK(C) Putra Nilai. Semoga dengan pencerahan yang diberi akan melonjakkan prestasi PSS Sekolah ini ke tahap 5 bintang pada tahun ini



Mesyuarat Pengurusan Pusat Sumber Sekolah bagi guru-guru sekolah ahli PKG Nilai telah dilaksanakan pada 26 Januari 2016. Terima kasih kepada Tn Hj Samsuddin bin Jiman, Pengerusi Biro Pembaca yang sudi hadir mempengerusikan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2016. Semoga kehadiran Tuan memberikan semangat kepada semua GPM di PKG kawasan Nilai meneruskan usaha meningkatkan prestasi Pusat Sumber Sekolah.Tahniah kepada semua GPM yang hadir. Semoga PKG Nilai terus menjana kecemerlangan dalam pengurusan PSS.





Thursday, January 21, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI
PKG NILAI BIL 1/2016

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya jua Mesyuarat JKPA PKG Nilai bil 1/2016 telah dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh 19 Januari 2016. Jutaan terima kasih kepada Timbalan PPD Seremban. Tn Hj Baharin bin Sabar kerana sudi meluangkan masa bermesyuarat bersama pihak PKG. Terima kasih juga kepada Ketua Penolong Pengarah BTPNNS En Abdullah bin Yusof atas kehadiran beliau didalam mesyuarat ini. Permuafakatan dan kerjasama antara semua pentadbir di 34 buah sekolah kawasan Nilai diharapkan akan membuahkan impak maksima kearah melonjakkan prestasi dan pencapaian yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.





\

Wednesday, January 20, 2016


SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS DI PKG NILAI, NEGERI SEMBILAN. SEMOGA KEHADIRAN EN IZADD AKAN MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT GURU-GURU DI KAWASAN PKG NILAI

EN MOHD IZADD FADZLI BIN MOHD KAMAL
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PKG NILAI