Monday, August 29, 2016

ENGLISH LANGUAGE EDUCATION IN MALAYSIA THE ROADMAP 2015-2025 (1 hingga 7)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Bersama-sama ini disertakan keratan akhbar berkaitan program MBMMBI untuk makluman dan tindakan tuan. Mohon kerjasama untuk menyebarkan kepada sekolah. Semoga bahan yang disertakan dapat menjelaskan dengan lebih lanjut peranan kita  dalam membantu  menjayakan agenda pendidikan negara ini.

(Cetakkan dan papar di sudut MBMMBI)
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,

RUMAIZI BIN ISMAIL
Pegawai Teknologi Pendidikan (PKG Nilai)

Image result for download animated gif

Wednesday, August 17, 2016



BORANG PENYELENGGARAAN DAN PERMOHONAN BARU KAMPUS ASTRO. SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN BORANG.

Borang Penyelenggaraan Kampus Astro

Borang Permohonan Baru Kampus Astro

Wednesday, July 20, 2016


PENARAFAN "SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD"(SSQS). 

Klik ikon dibawah untuk masuk


Klik ikon dibawah untuk Muat turun bahan SSQS


Muat turun senarai semak dan borang nama responden- klik sini





Thursday, March 10, 2016

Nilam Offline

Format pengisian data NILAM secara manual bagi sekolah menengah dan sekolah rendah boleh diperolehi pada bahagian MUAT TURUN.

Tuesday, February 23, 2016

Tuesday, February 9, 2016

Cara set pages google chrome kepada FROG Vle

1) Buka google chrome pada komputer

2) Klik pada customize bar seperti pada bulatan dibawah, kemudian klik pada setting


3) Klik pada "open a specific pagesor set of pages". kemudian klik pada "set pages"


4) pada "add a new pages", taipkan "kod sekolah.1bestarinet.net (cth : neb4096.1bestarinet.net)" kemudian klik ok


4) Tutup google chrome, kemudian buka google chrome untuk memastikan proses "set pages" berjaya


Wednesday, February 3, 2016

Mesyuarat GPB/GPICT Kali Pertama 2016 PKG Nilai

Tarikh : 03 Februari 2016
Hari     : Rabu
Masa    : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi  : Bilik Bestari, PKG Nilai
Bilangan Peserta :
        Pengerusi : 1
        Pegawai BTPN : 1
        PTP PKG Nilai : 2
        Guru GPB/ICT : 34
        JTK Sekolah     : 5
        PT PKG Nilai   : 1
        JTK PKG Nilai : 1


Tuesday, February 2, 2016

Perhatian kepada semua GPM.... Cikgu2 boleh guna OPAC online jika ada masalah dan tidak mahir untuk membuat  pengkelasan Dewey bagi buku-buku di perpustakaan. boleh buka pautan dibawah:

http://opac.pnm.gov.my

http://www.librarynet.com.my/pls/angkasa/opac3.search_form?pc_product=OPAC

Panduan penggunaan OPAC






Sunday, January 31, 2016

Pada 21 Januari 2016,  Pn Anita binti Mohd Tamin, Pegawai UPSP dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dengan diiringi oleh Pegewai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik PKG Nilai telah melaksanakan Verifikasi IQPSS Pusat Sumber Sekolah di SJK(C) Putra Nilai. Semoga dengan pencerahan yang diberi akan melonjakkan prestasi PSS Sekolah ini ke tahap 5 bintang pada tahun ini



Mesyuarat Pengurusan Pusat Sumber Sekolah bagi guru-guru sekolah ahli PKG Nilai telah dilaksanakan pada 26 Januari 2016. Terima kasih kepada Tn Hj Samsuddin bin Jiman, Pengerusi Biro Pembaca yang sudi hadir mempengerusikan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2016. Semoga kehadiran Tuan memberikan semangat kepada semua GPM di PKG kawasan Nilai meneruskan usaha meningkatkan prestasi Pusat Sumber Sekolah.Tahniah kepada semua GPM yang hadir. Semoga PKG Nilai terus menjana kecemerlangan dalam pengurusan PSS.





Thursday, January 21, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI
PKG NILAI BIL 1/2016

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya jua Mesyuarat JKPA PKG Nilai bil 1/2016 telah dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh 19 Januari 2016. Jutaan terima kasih kepada Timbalan PPD Seremban. Tn Hj Baharin bin Sabar kerana sudi meluangkan masa bermesyuarat bersama pihak PKG. Terima kasih juga kepada Ketua Penolong Pengarah BTPNNS En Abdullah bin Yusof atas kehadiran beliau didalam mesyuarat ini. Permuafakatan dan kerjasama antara semua pentadbir di 34 buah sekolah kawasan Nilai diharapkan akan membuahkan impak maksima kearah melonjakkan prestasi dan pencapaian yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.





\

Wednesday, January 20, 2016


SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS DI PKG NILAI, NEGERI SEMBILAN. SEMOGA KEHADIRAN EN IZADD AKAN MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT GURU-GURU DI KAWASAN PKG NILAI

EN MOHD IZADD FADZLI BIN MOHD KAMAL
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PKG NILAI