Tuesday, September 9, 2014

Status Pengemaskinian DATA SPS

Salam 1 Malaysia

Kepada,
Pengetua/ Guru Besar
Sekolah Ahli PKG Nilai

Tuan/Puan

Status Pengemaskinian DATA SPS

Saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara diatas.

2. Sekolah ahli PKG Nilai diminta untuk menyemak Laman Web Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan mengemaskini Modul Data Murid, Modul Data Guru dan Modul Kemudahan Sekolah sebelum atau selewat-lewatnya pada 12hb September 2014.

3. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(THANESH BALAKRISHNAN)
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Nilai

KLIK DI SINI----> STATUS SPS TERKINI

Tuesday, August 26, 2014

PERTANDINGAN PENGHASILAN OBJEK PEMBELAJARAN (LO) BERASASKAN PROJEK (PBL) MENGGUNAKAN FROGVLE SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG MANTIN DAN NILAI 2014

Tuan/Puan

Perkara di atas adalah dirujuk.

"PERTANDINGAN PENGHASILAN OBJEK PEMBELAJARAN (LO) BERASASKAN PROJEK (PBL) MENGGUNAKAN FROGVLE SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG MANTIN DAN NILAI 2014"

Bersama ini disertakan lampiran berkaitan untuk rujukan dan tindakan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan

Pusat Kegiatan Guru Nilai


Thursday, February 27, 2014

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)

Program Pelancaran NILAM peringkat Sekolah.
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Persembahan murid 'Program Rakan Pembaca'


Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.

Thursday, February 13, 2014

BAHAN JK GPB BIL.1/2014

Salam 1 Malaysia

Merujuk perkara diatas.

2. Untuk kegunaan bersama para GPB PKG Nilai, sila memuat turun dokumen dengan menekan link (1) , (2) dan (3).

(1) PPT MESYUARAT JK GPB BIL. 1/2014
(2) SASARAN KERJA TAHUNAN GPB
(3) LAPORAN BULANAN PEMBESTARIAN PENDIDIKAN

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

THANESH BALAKRISHNAN
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PUSAT KEGIATAN GURU NILAI
d/a SK DATO' SHAH BANDAR ABU BAKAR,
LABU HILIR,
NEGERI SEMBILAN
NO TEL:06-7992878

NO. FAX : 06-7994080

Tuesday, February 11, 2014

BAHAN JK GPM BIL.1/2014

Salam 1 Malaysia

Merujuk perkara diatas.

2. Untuk kegunaan bersama para GPM PKG Nilai, sila memuat turun dokumen dengan menekan link (1) dan (2).

(1) PPT MESYUARAT JK GPM BIL. 1/2014
(2) SASARAN KERJA TAHUNAN GPM

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

THANESH BALAKRISHNAN
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PUSAT KEGIATAN GURU NILAI
d/a SK DATO' SHAH BANDAR ABU BAKAR,
LABU HILIR,
NEGERI SEMBILAN
NO TEL:06-7992878

NO. FAX : 06-7994080