Wednesday, April 13, 2011

Sambutan Tahun Baru "KARA" Bagi Warga India

மலையகத்தின் இளைய மகனே..!
உற்சாகத்தின் இருப்பிடமே..!
தமிழ்த்தாயின் திருமகனே..!
எம் மனதில் நிலவாய் சிரிப்பவனே..!

அகிலமாளப் பிறந்தவனே...
அன்பிறகினிய திருமகனே...
கொஞ்சும் தமிழில் பேசிப் பேசி...
எல்லையில்லா இன்பம் தந்தவனே...
கோடி பொன் கொடுத்தாலும்
தமிழ் மகவே உனக்கிணையில்லை?.
இன்றோடு நீ பிறந்து மனமகிழ்ச்சியும் கூடிற்று..!

பிறப்பால் உம் தாயை மகிழ்வித்தது போல்
உன்னுடைய நற்செயலாலிறவாப் புகழடைந்து...
உன் தாயை மகிழ்விப்பது மட்டுமின்றி
மலையகத்தையும் மகிழ்விப்பாயாக..!
இதேசத்தில் நீ பிறந்தமைக்கு நல்
தடமொன்றை பதிப்பாயாக.!
அதில் நல்லோரை சேர்ப்பாயாக.!
நானிலம் போற்றும் படி
நனி மகவே நீ வாழ - நல்லுள்ளங்கள் வாழ்த்துகிறது..!
இன்று போலெனெறும் வாழ்க.
மலையகத்தின் இளைய மகனே..!
உற்சாகத்தின் இருப்பிடமே..!
தமிழ்த்தாயின் திருமகனே..!
எம் மனதில் நிலவாய் சிரிப்பவனே..!

அகிலமாளப் பிறந்தவனே...
அன்பிறகினிய திருமகனே...
கொஞ்சும் தமிழில் பேசிப் பேசி...
எல்லையில்லா இன்பம் தந்தவனே...
கோடி பொன் கொடுத்தாலும்
தமிழ் மகவே உனக்கிணையில்லை?.
இன்றோடு நீ பிறந்து அறுபதாண்டு
ஆயிற்று... மனமகிழ்ச்சியும் கூடிற்று..!

பிறப்பால் உம் தாயை மகிழ்வித்தது போல்
உன்னுடைய நற்செயலாலிறவாப் புகழடைந்து...
உன் தாயை மகிழ்விப்பது மட்டுமின்றி
மலையகத்தையும் மகிழ்விப்பாயாக..!
இதேசத்தில் நீ பிறந்தமைக்கு நல்
தடமொன்றை பதிப்பாயாக.!
அதில் நல்லோரை சேர்ப்பாயாக.!
நானிலம் போற்றும் படி
நனி மகவே நீ வாழ - நல்லுள்ளங்கள் வாழ்த்துகிறது..!
இன்று போலெனெறும் வாழ்க.

சித்திரையின் இந்து புத்தாண்டு வாழ்த்துகள்


Thursday, April 7, 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.

 
Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:
 
  • Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 28 April 2011.
  • Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan  Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian  Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah  Bahagian   masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 28 April 2011.
  • Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya  pada Khamis, 5 Mei 2011.
Maklumat lanjut sila rujuk Kiosk PKG di Folder Surat Makluman

Sumber: Bahagian Pengurusan MaklumatKementerian Pelajaran Malaysia

Wednesday, April 6, 2011

Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang memenuhi syarat-syarat pencalonan untuk memohon bagi diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5 dan panduan mengisi borang pencalonan boleh diakses melalui laman web KPM mulai 7 April 2011.

Semua sekolah dipelawa mengisi Borang Pencalonan tersebut  yang boleh dimuat turun menerusi laman web KPM. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan SEMUA DOKUMEN berkaitan dengan MAKLUMAT yang diberi dalam Borang Pencalonan SKK Fasa 5 dan Profil Sekolah untuk memudahkan urusan pemantauan dan penilaian. Dokumentasi yang TIDAK LENGKAP akan menjejaskan proses penilaian.   

Borang Pencalonan SKK Fasa 5 yang lengkap dan satu (1) salinan Profil Sekolah perlu dihantar ke JEMAAH NAZIR & JAMINAN KUALITI, JABATAN PELAJARAN NEGERI
pada atau sebelum  30 APRIL 2011.

Untuk keterangan lanjut, Sila muat turun Bahan Permohonan di Kiosk PKG di Folder Pencalonan Sekolah Kluster

Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29
Pusat Kegiatan Guru Nilai

Monday, April 4, 2011

Pengemaskinian Data SPPICTS 2011


Salam 1 Malaysia
Untuk perhatian Sekolah Ahli PKG Nilai,
PKG diberi tanggungjawab untuk memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran serta pengurusan sekolah. Lapan medan inisiatif ICT yang dikenal pasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini iaitu :-
      • Capaian Internet
      • Pusat Akses Sekolah
      • Makmal Komputer
      • EduWebTV
      • Peralatan PPSMI
      • Perisian Kursus Pendidikan
      • ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
      • Perkongsian Pintar
Sehubungan itu, kutipan data secara online dengan menggunakan SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT (SPPICTS) bagi tahun ini akan dilaksanakan sebanyak DUA (2) kali iaitu :-
      • 27 MAC HINGGA 16 APRIL 2011
      • 11 SEPTEMBER HINGGA 1 OKTOBER 2011

Tuan/Puan, mohon semua Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer mengambil tindakan segera untuk mengisikan data sppicts sekolah tuan-tuan. Kepada Guru Penyelaras Bestari danJuruteknik Sekolah yang  mengambil tindakan pro-aktif, saya bagi pihak PKG Nilai mengucapkan ribuan terima kasih.


Yang menjalankan tugas,



Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

Taklimat PBL 2011

Salam 1 Malaysia




Disini dilampirkan surat Projek Base Learning(PBL) sekolah-sekolah Dareah Seremban pada 27/4/2011 bertempat di Sekolah Datuk Abdul Razak jam 2.00 petang untuk perhatian dan tindakan GPK 1 Sekolah Ahli PKG Nilai.

Klik di sini untuk muat turun di Surat makluman atas tajuk Taklimat PBL.

Sekian terima kasih.


Yang menjalankan tugas,






Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

Sunday, April 3, 2011

Pengemaslkinian Data SPPICTS 2011

Salam 1 Malaysia,

Tuan/Puan, mohon semua Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer mengambil tindakan segera untuk mengisikan data sppicts sekolah tuan-tuan. Kepada Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Sekolah yang  mengambil tindakan pro-aktif, saya bagi pihak PKG Nilai mengucapkan ribuan terima kasih.


Yang menjalankan tugas,



Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

Friday, April 1, 2011

Selamat Bertugas... Sayo Nara....

Salam 1 Malaysia

Dimaklumkan bahawa Puan Anniza Binti Alias, Pembantu Tadbir PKG Nilai akan bertukar ke Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 1 April 2011.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Anniza Binti Alias yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya menjalankan tugas di PKG Nilai dan BTPN Negeri Sembilan.

Dikesempatan ini saya memohon kemaafan di atas segala salah dan silap saya kepada Puan Anniza Binti Alias sepanjang 3 bulan saya bersama dengan keluarga PKG Nilai. Sayo Nara Kak Anniza...


Yang menjalankan tugas,

Thanesh Balakrishnan
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29