Wednesday, February 9, 2011

INSTRUMEN PEMANTAUAN PKG KE SEKOLAH

KEPADA:

Pengetua/ Guru Besar
Guru Media Perpustakaan
Guru Penyelaras Bestari
Tuan,

PER:INSTRUMEN PEMANTAUAN PKG KE SEKOLAH

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Bersama ini dilampirkan  fail digital instrumen pemantauan PKG ke sekolah yang akan digunapakai semasa pihak PKG membuat pemantauan ke sekolah. Instrumen pemantauan berkenaan berkaitan dengan aspek:

i.   Pemantauan ICT
ii.  Pemantauan PSS
iii. Pemantauan NILAM
iv.  Borang pelaporan pemantauan


Instrumen pemantauan PKG boleh dimuat turun di Kiosk PKG>Surat Makluman PKG Nilai 

3. Pihak tuan bolehlah menggunakan instrumen ini untuk kegunaan  semasa tuan membuat persiapan awal.

sekian terima kasih.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "



Saya yang menurut perintah.


THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Peringatan Ketiga Kemaskini Data i-Nilam

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iNILAM 2011  masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. Masih terdapat beberapa sekolah masih tidak mengemaskini data i-Nilam. Senarai nama sekolah yang masih belum kemaskini data i-Nilam sila berjumpa dengan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai dengan kadar segera. 

Senarai Sekolah yang belum kemaskini data I-Nilam.


Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Tuesday, February 8, 2011

Peringatan Kedua Kemaskini Data i-Nilam

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iNILAM 2011  masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. Masih terdapat beberapa sekolah masih tidak mengemaskini data i-Nilam. Senarai nama sekolah yang masih belum kemaskini data i-Nilam sila berjumpa dengan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Nilai dengan kadar segera. 

Senarai Sekolah yang belum kemaskini data I-Nilam.


Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

KEMASKINI REKOD iQ-PSS 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iQ-PSS 2011masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. Kemaskini iQ-PSS 2010 telah tamat. iQ-PSS 2011 semua sekolah telah dijana oleh sistem. Semua GPM  sila ambil tindakan. Kami memohon jasa baik tuan/puan meluangkan masa untuk mengemaskini blog tersebut.
Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

KEMASKINI REKOD BACAAN MURID

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iNILAM 2011 sebelum 28/01/2011 masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. 

Rekod Bacaan Murid 2010 dan 2011 telah diaktifkan. Kini anda boleh mengemaskini data bacaan bulanan murid berdasarkan kelas Worksheet. Guru NILAM, Guru Penyelaras NILAM dan GPM sila ambil tindakan. Patuhi arahan yang dipaparkan di skrin Rekod Bacaan Murid. 


Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Monday, February 7, 2011

Makluman Mesyuarat GPM/GPB/GB PKG Nilai kali 1/2011

Berhubung perkara diatas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PKG Nilai akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:



  1. Mesyuarat GPM PKG Nilai kali 1/2011


Tarikh  : 16.02.2011(Rabu)
Masa    :2.00 petang
Tempat: 
Bilik Bistari
PUSAT KEGIATAN GURU NILAI
D/A SK DATO’ SHAH BANDAR ABU BAKAR
71900 LABU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



  1. Mesyuarat GPB PKG Nilai kali 1/2011


Tarikh : 17.02.2011(Khamis)
Masa :2.00 petang
Tempat: 
Bilik Bistari
PUSAT KEGIATAN GURU NILAI
D/A SK DATO’ SHAH BANDAR ABU BAKAR
71900 LABU,
 NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS




  1. Mesyuarat Pengurusan PKG Nilai kali 1/2011


Tarikh : 21.02.2011(Isnin)
Masa :2.00 petang
Tempat: 
Bilik Bistari
PUSAT KEGIATAN GURU NILAI
D/A SK DATO’ SHAH BANDAR ABU BAKAR
71900 LABU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.
Surat Panggilan boleh dimuat turun di Kiosk PKG>Surat Makluman PKG Nilai

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Sunday, February 6, 2011

Majlis Pertaulihan Watikah Perlantikan Pengawas PSS SMK Desa Cempaka

Program ini dirasmikan oleh Encik Thanesh Balakrishnan, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis Pertaulihan Watikah Perlantikan Pengawas PSS SMK Desa Cempaka Tahun 2011yang julung kalinya diadakan di SMK Desa Cempaka telah diadakan pada 07 Februari 2011. Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Desa Cempaka berhasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan Pusat Sumber Sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, bagi mencapai hasrat murni ini, Jawatan Kuasa Kerja PSS telah melantik pengawas PSS bagi tahun 2011 dan telah menyerahkan tanggungjawab ini dalam Majlis yang meiah ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Warga sekolah yang berjaya melaksanakan program ini.