Tuesday, February 8, 2011

KEMASKINI REKOD iQ-PSS 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iQ-PSS 2011masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. Kemaskini iQ-PSS 2010 telah tamat. iQ-PSS 2011 semua sekolah telah dijana oleh sistem. Semua GPM  sila ambil tindakan. Kami memohon jasa baik tuan/puan meluangkan masa untuk mengemaskini blog tersebut.
Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

KEMASKINI REKOD BACAAN MURID

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iNILAM 2011 sebelum 28/01/2011 masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. 

Rekod Bacaan Murid 2010 dan 2011 telah diaktifkan. Kini anda boleh mengemaskini data bacaan bulanan murid berdasarkan kelas Worksheet. Guru NILAM, Guru Penyelaras NILAM dan GPM sila ambil tindakan. Patuhi arahan yang dipaparkan di skrin Rekod Bacaan Murid. 


Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Monday, February 7, 2011

Makluman Mesyuarat GPM/GPB/GB PKG Nilai kali 1/2011

Berhubung perkara diatas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PKG Nilai akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:



  1. Mesyuarat GPM PKG Nilai kali 1/2011


Tarikh  : 16.02.2011(Rabu)
Masa    :2.00 petang
Tempat: 
Bilik Bistari
PUSAT KEGIATAN GURU NILAI
D/A SK DATO’ SHAH BANDAR ABU BAKAR
71900 LABU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



  1. Mesyuarat GPB PKG Nilai kali 1/2011


Tarikh : 17.02.2011(Khamis)
Masa :2.00 petang
Tempat: 
Bilik Bistari
PUSAT KEGIATAN GURU NILAI
D/A SK DATO’ SHAH BANDAR ABU BAKAR
71900 LABU,
 NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS




  1. Mesyuarat Pengurusan PKG Nilai kali 1/2011


Tarikh : 21.02.2011(Isnin)
Masa :2.00 petang
Tempat: 
Bilik Bistari
PUSAT KEGIATAN GURU NILAI
D/A SK DATO’ SHAH BANDAR ABU BAKAR
71900 LABU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.
Surat Panggilan boleh dimuat turun di Kiosk PKG>Surat Makluman PKG Nilai

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai

Sunday, February 6, 2011

Majlis Pertaulihan Watikah Perlantikan Pengawas PSS SMK Desa Cempaka

Program ini dirasmikan oleh Encik Thanesh Balakrishnan, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis Pertaulihan Watikah Perlantikan Pengawas PSS SMK Desa Cempaka Tahun 2011yang julung kalinya diadakan di SMK Desa Cempaka telah diadakan pada 07 Februari 2011. Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Desa Cempaka berhasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan Pusat Sumber Sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, bagi mencapai hasrat murni ini, Jawatan Kuasa Kerja PSS telah melantik pengawas PSS bagi tahun 2011 dan telah menyerahkan tanggungjawab ini dalam Majlis yang meiah ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Warga sekolah yang berjaya melaksanakan program ini. 

Monday, January 31, 2011

Majlis Penyampaian Sijil SSQS 2010 & Pelancaran Pembestarian Pendidikan Sekolah-sekolah NS 2011

Program ini dirasmikan oleh Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS).
Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2010 Dan Pelancaran Pembestarian Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2011.yang julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan telah diadakan di Sekolah Sains Seremban (SASER) pada 25 Januari 2011 lalu. Program ini adalah hasil kerjasama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan juga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Negeri Sembilan. Program ini dirasmikan oleh Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS). Beliau juga turut menyampaikan Sijil Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) kepada 35 buah sekolah yang mendapat 5 bintang di peringkat Negeri Sembilan. 


Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tuan Abdullah Bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS.

Untuk melihat album Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2010 Dan Pelancaran Pembestarian Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2011. Klik disini

PKG Nilai kini di Facebook

Pusat Kegiatan Guru Nilai mengorak langkah ke alam siber dengan menubuhkan laman web sosialnya di Facebook. Laman web PKG Nilai boleh dicapai dengan menaip "Pusat Kegiatan Guru Nilai" pada butang carian di Facebook dan jangan lupa untuk menambah PKG Nilai sebagai kenalan untuk mendapatkan info-info terkini daripada kami.


Friday, January 28, 2011

Pengemaskinian Data iNILAM 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bagi Guru Perpustakaan dan Media, kami di PKG Nilai mengharapkan tuan/puan dapat mengemaskini dan melengkapkan iNILAM 2011 sebelum 28/01/2011 masing-masing dengan maklumat dan info terkini 2011. 


Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

Saya yang menurut perintah.

THANESH BALAKRISHNAN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai